Sunday, 15 March 2015

JOM BELAJAR BAHASA ARAB MUDAH (ضمير+اسم)

ضمير+اسم
اسم=kata nama
apabila ingin meletakkan اسم disebelah ضمير,
اسم perlu mengikut ضمير

cth: هُوَ مُعَلِّمٌ

  • هُوَ=ضمير
  • مُعَلِّمٌ=اسم

apabila ضمير bertukar kepada هُمَا, maka اسم akan menjadi مُعَلِّمَانِ
(هُمَا مُعَلِّمَانِ)

oleh itu, jadual penggunanan  اسم ini sangat berguna dalam penulisan bahasa arab.
مُؤَنَّثْ
(PEREMPUAN)
مُذَكَّرْ
(LELAKI)

TAMBAH
ة
X
1
TAMBAH
تان
TAMBAH
ان
2
TAMBAH
ات
TAMBAH
ون
RAMAI
sebagai contoh saya menggunakan اسم=مُعَلِّمٌ

  • penambahan اسم mengikut kepada bilangan dan jantina ضمير
  •  ضمير اَنَا membawa maksud SAYA . saya boleh bermaksud lelaki atau perempuan
  • ضمير نَحْنُ membawa maksud kami. kami boleh bermaksud 2 orang lelaki, 2 orang perempuan, ramai lelaki dan ramai perempuan.
  • penambahan pada اسم semua berlaku dihujung kalimah.
  • x membawa maksud tiada penambahan

هُوَ مُعَلِّمٌ
هُمَا مُعَلِّمَانِ
هُمْ مُعَلِّمُوْنَ
هِيَ مُعَلِّمَةٌ
هُمَا مُعَلِّمَتَانِ
هُنَّ مُعَلِّمَاتُ
اَنْتَ مُعَلِّمٌ
اَنْتُمَا مُعَلِّمَانِ
اَنْتُمْ مُعَلِّمَانِ
اَنْتِ مُعَلِّمَةٌ
اَنْتُمَا مُعَلِّمَتَانِ
اَنْتُنَّ مُعَلِّمَاتُ
اَنَا مُعَلِّمٌ/ مُعَلِّمَةٌ
نَحْنُ مُعَلِّمَانِ/ مُعَلِّمُوْنَ/ مُعَلِّمَتَانِ/ مُعَلِّمَاتُ

sambungan Mari Belajar Arab Mudah (الضماءير)


CARA MUDAH MENGHAFAZ ضمير

gambar rajah diatas saya selalu gunakan untuk mengajar bahasa arab tahun 5. lebih mudah untuk murid ingat.

Cara membaca gambar rajah:

  1. lukisan tangan perlu dibuat dengan tangan kiri.
  2. penulisan ضمير perlu ditulis dari jari kelingking hingga ke ibu jari.
  3. jari kelingking dan jari manis membawa maksud DIA
  4. jari hantu dan jari telunjuk membawa maksud KAMU
  5. L dalam rajah membawa maksud LELAKI manakala P bermsud PEREMPUAN
  6. ضمير pada ibu jari maksudnya adalah direct. iaitu saya dan kami
  7. untuk mengetahui maksud ضمير
  • lihat sama ada ضمير terletak dijari DIA atau KAMU
  • kemudian lihat pada aras sama ada aras 1@2@ramai
  • dan terakhir lihat golongan jari sama ada L@P 
CONTOH:

 هُوَ bermaksud 
  • maksud-DIA
  • aras-1
  • golongan-L
oleh itu, هُوَ bermaksud DIA SEORANG LELAKI.

saya juga ada meletakkan jenis ضمير mengikut jari supaya pelajar senang menghafaz jenis-jenis ضمير,,

ok, sekian dahulu...selamat belajarrr...............


JOM BELAJAR ARAB MUDAH (الضماءير)

معني
ضمير
DIA SEORANG LELAKI
هُوَ
DIA 2 ORANG LELAKI
هُمَا
DIA RAMAI LELAKI
هُمْ
DIA SEORANG PEREMPUAN
هِيَ
DIA 2 ORANG PEREMPUAN
هُمَا
DIA RAMAI PEREMPUAN
هُنَّ
KAMU SEORANG LELAKI
اَنْتَ
KAMU 2 ORANG LELAKI
اَنْتُمَا
KAMU RAMAI LELAKI
اَنْتُمْ
KAMU SEORANG PEREMPUAN
اَنْتِ
KAMU 2 ORANG PEREMPUAN
اَنْتُمَا
KAMU RAMAI PEREMPUAN
اَنْتُنَّ
SAYA
اَنَا
KAMI
نَحْنُ

MOTIVASI DIJIWA PENDIDIK

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga blogger.
Saya pendatang baru disini...semoga semua dapat menerima saya terutamanya penulisan saya.
Saya nak kupas sedikit tentang nama blog saya. Bila terdapat perkataan PENDIDIK semestinya semua dah maklum yang saya adalah seorang warga guru. Yes....Saya memang seorang guru..Saya bukanlah guru terlatih yang gaji beribu-ribu...Selagi mana saya mempunyai anak murid iaitu amanah ibu bapa yang perlu saya pikul untuk memastikan mereka mendapat sekelumit ilmu yang saya ada, saya tetap digelar guru Kenapa saya meletakkan perkataan MOTIVASI? tidak semua manusia sempurna. Termasuklah guru, ustaz, doktor, polis, jurutera mahupun apa saja pekerjaan di muka bumi ini, mereka semua termasuklah saya tidak sempurna...Jadi, untuk menggalas tugas guru bukan lah mudah. Sekadar masuk kelas, mengajar, abis masa balik. Kalau itu lah kerjanya, saya manusia paling seronok utk kerja jadi guru...tak perlu pening tentang kemenjadian muridnya...huhuhuhu...

Oleh itu, motivasi perlu ada dalam setiap guru supaya guru-guru tidak mudah putus asa utk mengajar anak era millinium ini yang jauhhhhh bezanya dengan zaman kita sekarang. Supaya guru-guru masih lagi sentiasa bersemangat utk mengajar anak-anak didiknya. Supaya guru-guru masih boleh lagi tersenyum melihat kenakalan atau kedegilan anak-anak zaman gadjet ini. Supaya guru-guru masih lagi boleh bertahan dengan anak-anak zaman kemanjaan ini yang tidak boleh dimarah apatah lagi dirotan. Bersabar lah wahai guru. Jadikan diri kita sebagai seorang yang sentiasa POSITIF supaya kita dapat menjalankan tugas-tugas kita dengan tenang dan senyuman...

SEKIAN DARI SAYA....