Sunday, 15 March 2015

MOTIVASI DIJIWA PENDIDIK

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga blogger.
Saya pendatang baru disini...semoga semua dapat menerima saya terutamanya penulisan saya.
Saya nak kupas sedikit tentang nama blog saya. Bila terdapat perkataan PENDIDIK semestinya semua dah maklum yang saya adalah seorang warga guru. Yes....Saya memang seorang guru..Saya bukanlah guru terlatih yang gaji beribu-ribu...Selagi mana saya mempunyai anak murid iaitu amanah ibu bapa yang perlu saya pikul untuk memastikan mereka mendapat sekelumit ilmu yang saya ada, saya tetap digelar guru Kenapa saya meletakkan perkataan MOTIVASI? tidak semua manusia sempurna. Termasuklah guru, ustaz, doktor, polis, jurutera mahupun apa saja pekerjaan di muka bumi ini, mereka semua termasuklah saya tidak sempurna...Jadi, untuk menggalas tugas guru bukan lah mudah. Sekadar masuk kelas, mengajar, abis masa balik. Kalau itu lah kerjanya, saya manusia paling seronok utk kerja jadi guru...tak perlu pening tentang kemenjadian muridnya...huhuhuhu...

Oleh itu, motivasi perlu ada dalam setiap guru supaya guru-guru tidak mudah putus asa utk mengajar anak era millinium ini yang jauhhhhh bezanya dengan zaman kita sekarang. Supaya guru-guru masih lagi sentiasa bersemangat utk mengajar anak-anak didiknya. Supaya guru-guru masih boleh lagi tersenyum melihat kenakalan atau kedegilan anak-anak zaman gadjet ini. Supaya guru-guru masih lagi boleh bertahan dengan anak-anak zaman kemanjaan ini yang tidak boleh dimarah apatah lagi dirotan. Bersabar lah wahai guru. Jadikan diri kita sebagai seorang yang sentiasa POSITIF supaya kita dapat menjalankan tugas-tugas kita dengan tenang dan senyuman...

SEKIAN DARI SAYA....

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home